MaLaM YaNG PiLU
Malam semalam hujan turun dengan lebatnya
sejuk~ sangat2...
Aku pun masak air,buat kopi panas
Niat nak study hancur berkecai bila rumah aku blackout
"Ish! Tensen nye!!" aku berteriak meluahkan rasa tidak puas hati
Aku pun ambil keputusan untuk tidur sahaja.
aku baring sambil dengar lagu 'Sepiring dan Sepinggan' dendangan Saiful Apek
Dalam pada itu...tiba-tiba hatiku menjadi sayu....
aku teringat kalau dulu,hujan2 macam ni mesti aku mesej dia
aku bagitau dia aku sejuk..
haha...mesti dia temankan aku sampai aku tidur..
kadang-kadang bercakap dalam telefon sampai pukul 4 pagi
ada hari tu,sambil kita mesej kita dengar siaran radio yang sama
sesuai sangat2 bila DJ radio tu pasang lagu 'Beribu Bintang'
Sweet~ sangat masa tu
pastu kita tengok bola sama-sama
hahaha...ingat lagi masa tu Manchester United lawan AC Milan
masing2 berdebat antara C. Ronaldo dengan Kaka siapa lebih hebat...
yang paling tak tahan~ leh argue siapa lagi hensem..:)
First time kita keluar date berdua
Aku tak tahu pun nak buat apa
last2 ajak tengok wayang je, cerita Transformers..
pastu pergi makan pizza hut
Aiseh~ dah lama tak makan pizza
Kenangan lalu menyebabkan aku tersenyum sendirian
banyak kenangan pahit dan manis kita lalui bersama
Rasa rindu sangat2 kat dia
"Bilalah nak balik Malaysia ni" hati kecilku berbisik
Nak spend time dengan dia....
Nak keluar jogging sama-sama
Nak dinner sama2 dengan dia...
Tengah2 mengelamun tu...
tiba-tiba letrik ada balik
Aiseh~ baru nak tidur...
terpaksalah aku bangun balik
pergi bilik air pastu mengadap buku Medical Physiology hasil karya Encik Guyton
Huh~
Rindu la kat SAYANG~
No comments:
Post a Comment